Wednesday, February 10, 2010

JOM BOIKOT VALENTINE DAY!!


Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.

“Terasa begitu indah hidup ini bila insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…”

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam sidebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan “supercalis” bangsa Romavi kuno yang mana setelah mereka memasuki agama Nasrani ( Kristian ), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rome ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut Kristian adalah lambang kasih sayang sejati antara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertajuk “ From your Valentine “.

Terdapat juga pendapat yang menyatakan Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

SEMOGA ANDA SEMUA MENGAMBIL IKTIBAR!!!! MENGAPA KITA PERLU MENYAMBUT HARI VALENTINE INI PADAHAL IA ADALAH HARI JATUHNYA KERAJAAN ISLAM DI SEPANYOL… ALLAHUAKBAR…. PUPUKLAH KASIH SAYANG PADA AGAMA KITA DENGAN TIDAK MENGAGUNGKAN APA YANG TIDAK SEPATUTNYA DIAGUNGKAN…

Rasulullah SAW melarang untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut..

Sabda Baginda: BARANGSIAPA MENYERUPAI SATU KAUM, MAKA DIA TERMASUK GOLONGAN MEREKA.

- Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

1 comment:

  1. Facebook Membunuh Rakyat Palestin?
    Dipetik dari
    www.iLuvislam.com
    Nur Syamimi Mohamad Napis
    Editor : Im Koyube

    http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1955

    ReplyDelete