Friday, April 2, 2010

Renung-renungkan, selamat beramal...

menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini,pelbagai maksiat menular di sana sini. gadis hilang harga diri. pemuda meratah dara sesuka hati. anak pungut merata-riti. ah,sekotor inikah cinta anak muda?tidak! cinta tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. tangan manusialah yg megotorinya.

ADUHAI PEMUDA YANG HANGAT BECINTA!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yg sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama. “ingat nikah tu senang ke?!” munkin ini persoalannya. Munkin ini yg membelangu anak muda yg sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yg jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yg bersih berperanan mengawal diri agr terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yg menghampirinya. Apa yg dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu! Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yg dianjrkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah(berbincang). Andai di sana Nampak keserasian,usah terlalu fikirkan masalah,berfikirlah dengan optimis. Ambil langkah yg diizinkan Allah seterusnya iaitu dgn berkhitbah (bertunag) dan salin setia pda janji syarak yg dibina. Awas! Hindari segala perkara yg menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.

KHUSUS BUAT MUDA MUDI YANG SEDANG DILAMUN CINTA

Penulis ingin berbicara dgn muda-mudi yg sedang lepas dlam lautan cinta. Teristimewa buat mereka yg tidak meletakkn nikah sebagai priority sekarang, demi untk meneruskan belajar atau bekerja atau mengejar cita-cita. Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tidak segera berzaujah(menikah),mreka amat risaukan masih tk mempunyai pekerjaan tetap. Sedangkan ada hadis yg mana nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yg sudah bertemu calonnya. Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kpd bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti. Factor ekonomi amatlh membebankan benak mereka. Betulkah ya syabab? Kerisauan ini lumrah..ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan ini bukan suka-suka tai penuh tanggungjawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara sistematik,contohnya jika seorg memerlukan biaya RM1000 mka dua org memerlukan RM 2000. Hidup sendiri pun sukar dibiayai apatah lagi membiayai hidup org lain? Factor ini membuatkn sang pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialism. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkn ukuran materialisme dlm menjalani hidup. Al-quran mengecam keyakinan materialistic seperti ini dan menyuruh kita berfikirn optomis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yg berkahwin :

“ dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan org-org yg layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yg perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya,dan Allah maha luas pemberian-Nya lagi maha menegetahui”.(An-nur:32)

Nah ini jaminan Allah. Jaminan siapa yg lebih patut dipercayai? Umar al-khattab, shabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi: “ saya sngt tkjub & hairan dgn org-org yg tidak mahu bernikah krn takut miskin,dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan,padahal Allah tlh menjaminnya”.

Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yg parktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.: “makanan dua org dpat mencukupi tiga org, dan makanan tiga org dapat mencukupi empat orang”.(riwayat bukhari dan muslim).

Tidak hairan lah ibnu mas’ud pernah berkata,”carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan,” kemudian beliau membaca firman Allah dlm surah an-nur, ayat 32.

Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialism dlam hati dan fikiran.

BUAT KAUM HAWA,

Yakin dan percayalah pd insan yg tlh ditunjukkan Allah dlam istikhrahmu walau apapun keadaannya pada masa ini,asalkan baik agamanya. Samada dis masih belajr atau masih bertukar-tukar kerja, percyalah padanya.

BUAT SYABAB,

Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandeang disisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. beliau bersabda:” pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik”. (riwayat Ahmad,Baihaqi dan lain-lain). Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipengang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam skelip mata. Ianya mnuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua degn kebaikan krn mereka lah insane yg paling inginkn kebaikan unk seorang anak. Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah(pertunangn). Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yg dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesunghnya sangt menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yg menghampiri zina. Laksanakanlah ikatan dengan mana yg paling memudahkan lelaki. Aishah r.a. mnjelaskan,”sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan pemingannya dan kemudahan maharnya”.(riwayat ahmad).


OH, KAUM HAWA!

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat?oh, mudah kawin itu rupanya jika ikut agama! Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.
“ wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia mnundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah.”(riwayat Bukhari)
Catatan Fatimah Syarha Noordin (solusi isu perdana).

No comments:

Post a Comment